Home Artikel PAS Pahang

Tangki baharu bagi selesai masalah air: YB Andan

36 views
SHARE
Andan (kanan), sedang memberi penjelasan di Perumahan Batu Hitam

 

Masalah gangguan bekalan air bersih yang berlarutan sejak sekian lama, bakal berakhir dengan pembinaan tangki baharu di Kampung Batu Hitam dan Alor Batu Jabor oleh Pengurusan Air Paip Pahang Berhad (PAIP).

 

Adun Beserah Andansura Rabu berkata, pihak PAIP telah bersetuju dengan pelan penyelesaian dan akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

Beliau yang juga Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, menjelaskan, dua lokasi berkenaan dikenal pasti sering mengalami masalah tersebut sejak bertahun-tahun berikutan tekanan air rendah.

 

Menurutnya, untuk penyelesaian di Kampung Batu Hitam, telah bersetuju untuk membina tangki baharu bagi membolehkan air dibekalkan kepada penduduk di kawasan itu, sekali gus menyelesaikan masalah di kawasan tersebut sepenuhnya.

 

“Bagaimanapun di Kampung Alor Batu Jabor pula masih di peringkat perbincangan,” katanya kepada media.

 

Beliau berkata, lokasi bagi pembinaan tangki tersebut sudah dikenal pasti dan pembinaannya akan dilaksanakan dalam masa terdekat.

 

Sebelum itu, beliau bersama wakil daripada PAIP telah mengadakan lawatan di kawasan perumahan Batu Hitam bagi mengetahui lebih lanjut mengenai permasalahan berkenaan.