Home Artikel PAS Sabah

PASTI Sandakan mohon sumbangan beli bangunan pentadbiran

162 views
SHARE

Oleh : Mustaman Bin Mustain
4 November 2019

SANDAKAN : PASTI Kawasan Sandakan memerlukan dana berjumlah RM1.2 juta bagi membeli sebuah bangunan pentadbiran yang terletak di Bandar Labuk Jaya.

Pengerusi PASTI Kawasan Sandakan, Heryanto Ladati berkata sumbangan orang ramai amat diperlukan bagi merealisasikan hasrat institusi pendidikan ini yang turut akan memberi manfaat kepada masyarakat sekitar.

Katanya, sumbangan boleh disalurkan walaupun serendah RM10 atau lebih rendah dari itu ke akaun Bank Islam, bernombor 10016010061688 atas nama PASTI Kawasan Sandakan.

“RM10 pun kalau kita derma berterusan, secara bulanan sudah tentu akan memberi impak kepada usaha ini dan juga membolehkan para hadirin meraih pahala berpanjangan,” jelasnya.

Seruan itu dibuat di hadapan warga PASTI ketika berucap dalam Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Saidina Umar Al-Khattab yang diadakan semalam di Hotel Sandakan, dekat sini.

Beliau turut menyoroti sejarah penubuhan PASTI Kawasan Sandakan yang sudah mencapai usia 30 tahun dan banyak berbakti melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya dalam pelajaran masing-masing.

Tambahnya, pembeliaan bangunan pentadbiran ini merupakan usaha memiliki aset kekal yang dibuat oleh pihak mereka sekaligus sebagai mercu tanda pentadbiran PASTI berkenaan.

Beliau merayu warga PASTI dan orang awam untuk mengambil bahagian dalam usaha ini dengan menderma seikhlas mungkin mengikut kemampuan yang ada.

Heryanto turut membacakan hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang berbunyi, ‘jika anak Adam meninggal, maka amalnya terputus kecuali dari tiga perkara iaitu sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat, dan anak soleh yang berdoa kepadanya’.