Home Artikel PAS Sabah

Muslimat PAS Negeri Sabah berkampung perkasa pimpinan

148 views
SHARE

Oleh: Nurizyan Haziqah Hussin
4 November 2019

Papar: Dewan Muslimat PAS Negeri Sabah telah mengumpulkan semua pimpinan-pimpinan negeri dan kawasan dari seluruh pelusuk Negeri Sabah dan berkampung selama 2 hari bermula dari 2 hingga 3 November.

Program yang dihadiri hampir 200 orang telah membangkitkan semangat pimpinan dalam memacu gerak kerja di kawasan masing-masing.

Turut hadir semasa program Dr. Normazidah Yahya AJK Lajnah Tarbiyah dan Perkaderan PAS Pusat dan Puan Norazlin Md Samsudin Ketua Lajnah Pembangunan Tanah, Peneroka Bandar dan Hal Ehwal Orang Asli DMPM.

“Rasulullah adalah teladan yang baik. Kita sebagai muslimat juga perlu mencontohi sikap-sikap Rasulullah dalam melaksanakan semua tugas-tugas harian kita sama ada dalam jemaah mahupun rumahtangga.” Kata Norazlin.

“Kita perlu menjadi mukmin yang sebenar-benarnya, dan perlu diteliti maksud mukmin itu seperti apa yang dipandang oleh Allah untuk menjadikan kita hamba yang berkualiti dan boleh menjadi ansarullah.” Ujar Dr Normazidah.

Program ini melabuhkan tirai pada tengah hari 3 November 2019 dengan jayanya bersama semangat yang akan dibawa pulang oleh para pimpinan muslimat ke kawasan masing-masing.