Home Berita PAS Selangor

Muslimat dan Srikandi Selangor perkukuh solidaritas bersama – DMPK Kuala Selangor

136
SHARE

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Dewan Muslimat PAS DUN Jeram

KUALA SELANGOR, 9 Oktober – Alhamdulillah, pagi tadi telah berlangsungnya program Pemantapan Ukhuwah diantara Muslimat PAS Selangor dan Srikandi Bersatu Selangor telah diadakan di Glenmarie, Shah Alam.

2 orang wakil muslimat Pas Dun Jeram Pn Mashahruni dan Pn Juhara dipilih mewakili Dewan Muslimat PAS Kuala Selangor untuk menyertai program ini memandangkan hari ini juga berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Selangor yang diadakan di Kompleks PAS Kuala Selangor, Bukit Hijau.

Antara objektif program ini diadakan adalah merapatkan ukhuwah diantara Muslimat PAS Negeri Selangor dengan Srikandi Bersatu Negeri Selangor.

Program pembukaan ini telah dirasmikan oleh Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor, Pn Hjh Wan Hasrina manakala majlis penutupnya pada jam 5.00 petang dirasmikan oleh Ketua Wanita Srikandi Bersatu, yang juga merupakan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Sri Rina binti Harun.

Semoga program ini dapat mengukuhkan ikatan ukhuwah dua parti melayu dalam usaha mendepani masyarakat dengan menjaga kebajikan rakyat dengan lebih baik atas dasar permuafakatan Perikatan Nasional (PN)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor