Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Takziah Buat Keluarga Puan Noorfazilah

1295
SHARE

Takziah Buat Keluarga Puan Noorfazilah

إنا لله وإنا إليه راجعون

اللهم اغفرلها وارحمها وعافها واعف عنها

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) menzahirkan ucapan sedih dan hiba atas pemergian Puan Noorfazilah binti Ismail, Naib Ketua Muslimat PAS Negeri Melaka merangkap Ketua Muslimat PAS Kawasan Kota.

Sungguh mati itu pasti. Tapi, yang dicemburui oleh kita ialah Almarhumah  pergi dalam keadaan istiqomah.

Alhamdulillah , selesai sudah kerja buatnya di dunia.  Bagi kita yang masih bernafas ini, marilah kita meneruskan kerja buat kita di samping meningkatkan taqarrub dengan Allah.

Semoga roh Alllahyarhamah tergolong dalam orang-orang beriman. Salam takziah buat seluruh keluarganya.

Al fatihah.

“Islam Memimpin Wanita Sejahtera”

YB Senator Ustazah  Nuridah Mohd Salleh.

Ketua

Dewan Muslimat PAS Malaysia

2 Syawal 1441

25 Mei 2020