Takziah Buat Keluarga Hjh Muslimah Marsiman
Muslimat PAS Malaysia menzahirkan rasa dukacita yang tidak terhingga di atas berita pemergian mantan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor yang pertama dan juga mantan AJK DMPP di awal kebangkitan Islam di Malaysia.
Jasa dan pengorbanan almarhumah sangat berharga dan tiada ternilai. Kami mendoakan agar segala kebaikan dan amal sepanjang hidupnya menjadi saham di akhirat.
Semoga rohnya dirahmati Allah dan termasuk dikalangan hamba-Nya yang beriman.
انا لله وانا إليه راجعون
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهما وَارْحَمْهما وَعَافِهما وَاعْفُ عَنْهما، وَأَكْرِمْ نُزلهما، وَوَسِّعْ مَدخلمها، وَاغْسِلْهما بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهما مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ اْلأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهما دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارهما، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهما، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجهما، وَأَدْخِلْهما الْجَنَّةَ، وَأَعذهما مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ. آمين يَا ربَّ العَالَمِيْن.
Al Fatihah.
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
19 Safar 1441H
18 Oktober 2019