Home Artikel PAS Pahang

Hasrat penduduk Jengka tukar atap termakbul

187
SHARE

 

Berat sama dipikul ringan sama dijinjing. Demikian jika ada sekelumit rasa prihatin, dengan izin Allah, yang kesempitan dan memerlukan akan tercapai jua hajatnya.

 

Inilah usaha yang digerakkan oleh Pusat Khidmat Adun Jengka, PAS Cawangan Bandar Pusat, Masjid Lama serta para dermawan.

 

Akhirnya semalam, hasrat seorang penduduk Taib bin Ajib, dari rumah kos rendah di Taman Jengka Impian, Bandar Tun Razak Jengka untuk menukar atap rumahnya yang rosak teruk akibat terjahan taufan, akhirnya tercapai jua.

 

Adun Jengka Ustaz Shahril Azman Al-Hafiz dalam statusnya memuji usaha dari pelbagai pihak yang digerakkan termasuk daripada sekretariat pejabat Dunnya sendiri.

 

“Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Semua ini, adalah hasil dari usahasama Pusat Khidmat Adun Jengka, PAS Cawangan Bandar Pusat, Masjid Lama dan sumbangan orang ramai. Mudah mudahan sumbangan kecil ini dapat mengelakkan mereka sekeluarga daripada hujan terutama musim tengkujuh ini.

 

“Terima kasih saya ucapkan kepada semua yang membantu menjayakan projek ini, khususnya Pak Deris dan Tuan Haji Ibrahim yang terlibat secara langsung. Semoga kita semua termasuk dalam golongan yg dinyatakan oleh Nabi Saw :

 

والله في عون العبد ما كان العبد في عون أخيه

 

“Allah sentiasa menolong hambanya selagimana hamba tersebut menolong saudaranya,” ujarnya.

 

Pusat Khidmat Adun Jengka sebelum ini sering membantu penduduk yang kesempitan.