Takziah Buat Keluarga Dr Wan Azizah
Takziah dari DMPM buat keluarga Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Dr. Wan Ismail telah kehilangan ayahanda tersayang Dato’ Dr Wan Ismail Wan Mahmud pagi ini 10 Disember 2019.
إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن
اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْف عنه
Dewan Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan almarhum dan mendoakan agar roh Allahyarham tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah swt.
Semoga keluarga Dato’ Seri Dr Wan Azizah tabah dan kuat menghadapi ujian ini.
Salam Takziah,
Al fatihah.
YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
13 Rabiul Akhir 1441
10 Disember 2019