Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Takziah Buat Keluarga Dr Nooranisah Mohd Razali

2272
SHARE

Takziah Buat Keluarga Dr Nooranisah Mohd Razali

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan takziah kepada keluarga Dr Nooranisah Mohd Razali, Pegawai Perubatan UD48 (O&G). Beliau dan anak lelakinya yang berusia sembilan bulan telah meninggal dunia dalam kemalangan di Kilometer 11, Jalan Gua Musang-Kuala Krai dekat Kampung Renok Baru pagi tadi.

Kemalangan turut melibatkan tujuh lagi petugas Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai yang mengalami kecederaan dan sedang menerima rawatan di Hospital Gua Musang dan dilaporkan stabil.

Menurut Ketua Polis Daerah, Superintendan Mohd Taufik Maidin, nahas berlaku apabila van yang dinaiki terbabas dalam perjalanan dari Kuala Krai ke Gua Musang dan mereka difahamkan akan bertugas di Hospital Gua Musang berkaitan dengan rawatan COVID-19.

Muslimat PAS Malaysia melahirkan rasa dukacita atas kehilangan Allahyarhamah Dr. Nooranisah Mohd Razali dan anaknya. DMPM mendoakan agar rohnya tergolong di kalangan orang-orang yang beriman dan mendapat keampunan dari Allah swt.

Salam takziah buat keluarga mereka. al-fatihah.

‎انا لله وانا إليه راجعون
Al Fatihah.

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia.
4 Syaaban 1441H
25 Mac 2020