Home Artikel PAS Sabah

Penduduk Terjejas Bekalan Makanan Diberi Bantuan

580
SHARE

Oleh: Juliana Hamid
28 Mac 2020

KUNAK: Muslimat PAS Kunak konsisten menyalurkan bantuan keperluan bahan mentah kepada keluarga yang terjejas akibat wabak COVID-19 petang ini.

Seramai 8 buah keluarga sekitar Kg Jaya Baru, Kg. Bagiang, Ladang Mostyn dan Kg. Dasar Baru telah menerima sumbangan kali ini.

Sumbangan telah disampaikan oleh Siti Rahima, selaku Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Muslimat PAS Kunak.

Beliau berkata “sumbangan ini merupakan sebahagian daripada misi bantuan untuk keluarga yang terjejas bekalan makanan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang diarahkan oleh pihak kerajaan baru-baru ini”.

“Sumbangan akan diperluaskan lagi dalam masa terdekat sepanjang PKP bagi meringankan beban masyarakat” tambah beliau.

Rusnaini Junaede, bendahari Dewan Muslimat PAS Kunak, turut mengingatkan para penyumbang agar mematuhi panduan memberi sumbangan seperti menjaga jarak antara satu sama lain, memakai penutup muka ‘facemask’ serta mengamalkan konsep ‘beri dan pergi’.

Turut hadir bersama Sharmilah Abbas, Nurfarah Ain Jufrey selaku AJK Dewan Muslimat PAS Kawasan Silam dalam menyampaikan sumbangan tersebut.