Home Berita Dewan Ulamak PAS Pusat

Takziah Atas Pemergian Tun Rahah

547
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

3 JUMADIL ULA 1442  l  18 DISEMBER 2020

TAKZIAH ATAS PEMERGIAN TUN RAHAH

Dewan Ulama PAS Pusat (DUPP) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Tun Rahah Tan Sri Mohamed Noah atas pemergiannya pada petang Jumaat sekitar jam 4.30 petang menerusi perkhabaran sendiri oleh anaknya, Datuk Seri Najib Razak di laman twitter rasmi beliau.

DUPP mendoakan agar keluarga allahyarhamah diberikan ketabahan atas ketentuan dari Ilahi pada petang hari Jumaat yang mulia ini. Didoakan juga agar allahyarhamah diampuni dosa-dosa dan mendapat ganjaran dengan ditempatkan di kalangan orang solih di sisi Allah SWT.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها ، وارْحمْهُا ، وعافِهِا ، واعْفُ عنْهُا ، وَأَكرِمْ نزُلَهُا ، وَوسِّعْ مُدْخَلَهُا واغْسِلْهُا بِالماءِ والثَّلْجِ والْبرَدِ ، ونَقِّها منَ الخَـطَايَا، كما نَقَّيْتَ الثَّوب الأبْيَضَ منَ الدَّنَس ، وَأَبْدِلْهُا دارا خيراً مِنْ دَارِه ، وَأَهْلاً خَيّراً منْ أهْلِهِا، وزَوْجاً خَيْراً منْ زَوْجِهِا ، وأدْخِلْه الجنَّةَ ، وَأَعِذْه منْ عَذَابِ القَبْرِ ، وَمِنْ عَذَابِ النَّار

Sekian.

Ulamak Perteguh Muafakat
Islam Memperkukuh Perpaduan

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)