Khabar duka buat Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah dan Jabatan PASTI Negeri Kedah atas kehilangan Almarhumah Adik Nurul Amelia Ramadhania binti Khairul Azman, Pelajar PASTI Murni, Kawasan Sungai Petani pada malam 18 Mac 2023 dirumahnya dan disimpan pada esok harinya pada pukul 11.00 pagi.
DPPNK dan Jabatan PASTI Negeri Kedah merakamkan takziah atas pemergian Almarhumah. Semoga Almarhumah ditempatkan di syurga yang kekal abadi. Dan semoga Allah SWT kurniakan kesabaran, ketabahan dan kemudahan kepada keluarga Almarhumah atas kehilangan anak syurga ini. Amin ya Rabb.
Di kesempatan ini kami turun menziarahi keluarga Almarhumah yang diketuai oleh Ustaz Nasrun Othman Abu Mujahid Own, Ketua Pemuda DPPNK dan Ustaz Saiful Syazwan Shafie , Naib Ketua Pemuda DPPNK serta diiringi oleh Majlis Guru PASTI Negeri Kedah, Pemuda Kawasan Sungai Petani, PASTI Kawasan Sungai Petani dan Guru² PASTI Murni.
Sumbangan daripada Skim Kebajikan PASTI Malaysia kepada keluarga Almarhumah turut disampaikan sebagai tanda ingatan dan rasa simpati atas kehilangan almarhumah.
Almarhumah adik Amelia yang berusia 5 tahun 8 bulan ini diuji dengan penyakit Kanser buah pinggang sejak usia 3 tahun lagi. Kemudian almarhumah disahkan mengidap kanser saraf tahap 4 setelah menjalani beberapa kali ujian kesihatan. Alhamdulillah, pada awal tahun yang lalu kesihatannya sedikit baik selepas menjalani rawatan kemoterapi sebanyak 16 kali. Kesempatan itu diambil untuk almarhumah belajar di PASTI Murni.
Namun, kesihatannya kembali merosot pada hujung tahun yang lalu dan sekali lagi disahkan terdapat ketumbuhan pada otak dan kanser turut menyerang diseluruh badan sehingga Almarhumah menghembuskan nafas yang terakhir.
Al-Fatihah untuk Almarhumah adik Amelia
بِسْــــــــمِ اٌللَّهِ اٌلرَّحْمَنِ اٌلرَّحِيْـــــــــمِِ
اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِينَ ۞ الرَّحْمَنِ الرَّحِيمِ ۞ مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ ۞ إيَّاكَ نَعْبُدُ وإيَّاكَ نَسْتَعِينُ ۞ اِهْدِنَا الصِّراطَ الْمُسْتَقِيمَ ۞ صِرَاطَ الَّذِينَ أنْعَمْتَ عَلَيْهِمْ غَيْرِ الْمَغْضُوبِ عَلَيْهِمْ وَلاَ الضَّالِّيِنَ
آمِّيْن…