Home PAS Pusat

Tahniah Yang Dipertua YADIM yang Baharu

478
SHARE

تهنيئه يڠ دڤرتوا ياديم يڠ بهارو

سکالوڠ تهنيئه دأوچڤکن کڤد يڠ بربهاݢيا استاذ حاج نصرالدين حسن طنطاوي اتس ڤلانتيقن سباݢاي يڠ دڤرتوا يايسن دعوه اسلامية مليسيا (ياديم) برقواتکواس سمالم۔ ڤلانتيقن بلياو تڤت ستنديڠ دڠن ڤڠالمن ڤرنه منجادي اهلي ڤرليمن تمرلوه ڤد ٢٠١٣، منتن کتوا ڤنرڠن ڤرتي إسلام س-ماليسيا (ڤاس) ڤد سيسي لڤس دان کيني منجاوت جاوتن سباݢاي اهلي مجليس شورى علماء’ ڤاس ڤوست مرڠکڤ ڤڠروسي لجنه دعوه ڤاس ڤوست۔

بربکلکن لاتربلاكڠ ڤڠاجين إسلام دان ڤڠالمن يڠ لواس دالم بيدڠ دعوه، ڤاس يقين کريديبيليتي سرتا كومڤتنس يڠ اد ڤد بلياو۔ تمبهن، صفة مينت دان سماڠت دالم ارينا دعوه اسلاامييه اين ممبوليهکن بلياو منراجوءي ياديم دڠن برکسن۔

سلامت منجالنکن توݢس کڤد يڠ بربهاݢيا استاذ نصرالدين دڠن برتڠݢوڠجواب دان براخلاق۔ سموݢ ياديم باکل منجادي سبواه اورݢانيساسي يڠ اکتيف دالم منجالنکن دعوه إسلام دان اوساها-وساها کباجيقن د دالم نݢارا۔

‘إسلام مميمڤين ڤرڤادوان’

قمرالزمن محمد
(کتوا ڤنرڠن ڤرتي إسلام س-ماليسيا (ڤاس
١٧ جولاي ٢٠٢٠ | ٢٥ ذوالقعده ١٤٤١

Tahniah Yang Dipertua YADIM yang Baharu

Sekalung tahniah diucapkan kepada Yang Berbahagia Ustaz Haji Nasrudin Hassan Tantawi atas pelantikan sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) berkuatkuasa semalam.

Pelantikan beliau tepat setanding dengan pengalaman pernah menjadi Ahli Parlimen Temerloh pada 2013, mantan Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) pada sesi lepas dan kini menjawat jawatan sebagai ahli Majlis Syura Ulama’ PAS Pusat merangkap Pengerusi Lajnah Dakwah PAS Pusat.

Berbekalkan latarbelakang Pengajian Islam dan pengalaman yang luas dalam bidang dakwah, PAS yakin kredibiliti serta kompetensi yang ada pada beliau. Tambahan, sifat minat dan semangat dalam arena dakwah Islamiyah ini membolehkan beliau menerajui YADIM dengan berkesan.

Selamat menjalankan tugas kepada Yang Berbahagia Ustaz Nasrudin dengan bertanggungjawab dan berakhlak. Semoga YADIM bakal menjadi sebuah organisasi yang aktif dalam menjalankan dakwah Islam dan usaha-usaha kebajikan di dalam negara.

‘Islam Memimpin Perpaduan’

KAMARUZAMAN MOHAMAD
Ketua Penerangan
Parti Islam Se-Malaysia (PAS)
17 Julai 2020 | 25 Zulkaedah 1441