Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah YAB Tuan Hj Sanusi MB Kedah Baharu!

359
SHARE

Tahniah YAB Tuan Hj Sanusi MB Kedah Baharu!

Alhamdulillah.

Allahu Akbar 3x

1.Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan kesyukuran kepada Allah swt dan sekalung tahniah diucapkan kepada Perikatan Nasional Negeri Kedah atas majoriti yang diperoleh untuk membentuk Kerajaan Negeri pada hari ini.

2. Kuasa pemerintahan diperolehi setelah adanya konflik di dalam Pakatan Harapan yang  akhirnya menyebabkan  kerajaan baru mengambilalih pemerintahan untuk memenuhi mandat  menunaikan amanah kepada rakyat negeri Kedah.

3. Dewan Muslimat PAS Malaysia mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat berkhidmat kepada semua barisan pimpinan Perikatan Nasional Kedah yang bersepakat untuk menubuhkan kerajaan baru.Syabas diucapkan kepada Adun Jeneri YB Haji Muhammad Sanusi bin Mohd Noor atas pelantikan sebagai menteri besar yang baharu.

4.Dewan Muslimat PAS Malaysia menyeru agar seluruh pemimpin Perikatan Nasional mengukuhkan perpaduan dan segera memberi tumpuan kepada kebajikan dan kesejahteraan rakyat terutama di saat wabak Covid 19 menjejaskan kehidupan rakyat kebanyakan.

5. Peluang menjadi kerajaan ini sewajarnya  diharapkan dapat menjadi medan terbaik untuk berbakti kepada agama,rakyat dan negara.

Siirualabarakatillah

Islam Memimpin Wanita Sejahtera.

Daripada:

YB Senator Ustazah Nuridah binti Mohd Salleh.

Ketua,

Dewan Muslimat PAS Malaysia.

17.5.2020

24Ramadan 1441H