Home Artikel PAS Wilayah

Pelantikan Menteri Besar Kedah Ke-14: Ke Arah Gagasan Kedah Sejahtera

1176
SHARE

Pelantikan Menteri Besar Kedah Ke-14: Ke Arah Gagasan Kedah Sejahtera

Kepimpinan Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) mengucapkan tahniah kepada kepimpinan Badan Perhubungan PAS Negeri Kedah di bawah teraju Pesuruhjayanya Al Fadhil Ustaz Ahmad Yahaya di atas kejayaan PAS Kedah bersama dengan Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional negeri Kedah menubuhkan kerajaan.

Selamat maju jaya didoakan kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jeneri, Muhammad Sanusi Md Nor atas pelantikan sebagai YAB Menteri Besar Kedah Ke-14. Beliau telah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Kedah Ke-14 hari ini, 17 Mei 2020 setelah mendapat perkenan Tuanku Sultan Kedah, Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah.

BPPWP dalam masa yang sama menjunjung kasih Tuanku Sultan Kedah akan tindakan bijaksana baginda dalam meleraikan krisis politik di Kedah dengan perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Semoga YAB Menteri Besar Kedah yang baharu serta seluruh barisan EXCO dipermudahkan Ilahi dan mendapat bimbingan dariNya dalam melaksanakan tugas ke arah merealisasikan gagasan Kedah Sejahtera.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
17 Mei 2020 l 24 Ramadhan 1441H