Home Berita PAS Wilayah

Pesakit kronik dapat perhatian YB Kak Nuri

18
SHARE

WANGSA MAJU, 14 Jun – Penghidap penyakit tulang belakang, Mohamad Awang, 52 sangat berterima kasih atas penyampaian sumbangan oleh Penyelaras Parlimen Wangsa Maju, YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh (YB Kak Nuri) dan PAS Wangsa Maju hari ini di kediaman beliau di Pangsapuri DBKL, Taman Melati.

Beliau yang juga ayah kepada seorang anak tunggal berusia 11 tahun, meluahkan rasa terharu atas kata-kata semangat yang diberikan untuk terus berusaha mendapatkan rawatan yang terbaik.

Menurutnya, penyakit yang dialami termasuk masalah untuk berjalan seperti biasa dan pergerakannya kini hanya terbatas di dalam rumah sahaja.

Walau dalam kesukaran mengurus diri sendiri, beliau bersyukur atas sokongan isteri dan anaknya yang membakar semangat dan keazamannya untuk sembuh dari penyakitnya.

“Saya juga perlu menampung keperluan membeli ubatan namun sumber kewangan agak terhad kerana hanya berniaga kecil-kecilan di kawasan perumahan, dan saya juga tidak mempunyai pencen.

“Walaupun jauh di sudut hati enggan menerima sumbangan namun situasi semasa dan kedudukan kewangan tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa menerima bantuan ini.

“Bagi saya, itulah putaran dan kitaran kehidupan dunia yang berlaku saya dan saya terima dengan tabah dan redha sambil mengharapkan kesembuhan berkat doa orang ramai,” ujarnya.