18 Muharram 1442H | 27 Ogos 2021
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak ingin mengucapkan jutaan tahniah dan penghargaan atas pembentukan kabinet kerajaan Malaysia yang baharu seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Ismail Sabri Yaakob.
DPPN Perak mendoakan agar seluruh ahli kabinet yang dilantik ini dipermudahkan Allah SWT dalam melaksanakan tugas serta dapat memberikan khidmat yang terbaik dalam meneruskan agenda membantu rakyat.
DPPN Perak juga mendoakan supaya kesemua pimpinan PAS yang telah dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri dapat menggalas amanah serta tanggungjawab dengan sehabis baik demi Agama dan watan tercinta.
Selamat menjalankan tugas. Sirru ala barakatillah.
Ahmad Faisal Bin Mohd Puait
Ketua Dewan Pemuda Pas Perak