Home Kenyataan Media PAS Wilayah

Tahniah Menteri Wilayah Persekutuan yang baharu – BPPWP

716
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan tahniah kepada Yang Berhormat Dato’ Seri Dr. Shahidan bin Kassim atas pelantikan sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.

BPPWP berharap agar YB Menteri meneruskan pelbagai inisiatif bermanfaat oleh menteri terdahulu seperti Wilayah Prihatin dan Wilayah Cakna yang memperkenalkan diskaun sewa PA/PPR DBKL, Program Vaksinasi COVID-19@Wilayah Prihatin, pemberian rebat dan penangguhan bayaran cukai taksiran serta pengisytiharan Wilayah Persekutuan sebagai Wilayah Bebas Berniaga.

BPPWP turut berharap agar YB Menteri dapat memberi sepenuh komitmen untuk turun padang bersama warga Wilayah dan merasai denyut nadi mereka terutamanya yang terkesan terus akibat pandemik COVID-19.

Semoga beliau sentiasa dalam bimbingan Allah dan menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab untuk memastikan Wilayah Persekutuan sebagai wilayah yang sejahtera.

BPPWP turut menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dalam ruang-ruang yang ada untuk memastikan kesejahteraan warga Wilayah Persekutuan.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Memperkukuh Perpaduan’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
27 Ogos 2021 l 18 Muharram 1443H