Home Kedah

Tahniah Perdana Menteri Kabinet Segar Dan Menyerlah

1554
SHARE

KENYATAAN RASMI BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI KEDAH

TAHNIAH PERDANA MENTERI
KABINET SEGAR DAN MENYERLAH

1. Meneliti keseluruhan senarai kabinet Kerajaan Malaysia 2020 yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang tadi jelas tampak segar, meyakinkan dan menyerlah.

2. Mereka yang bersih, terbukti bersungguh dalam kerjaya selama ini, membangkitkan rasa gembira dan senang di hati rakyat yang memang menginginkan kesinambungan semua pihak terlibat meliputi pelbagai pengalaman dan bidang kemahiran yang bermanfaat.

3. Keyakinan rakyat terbanyak pasti akan terbangun dengan sendirinya apabila menyaksikan senarai ahli kabinet yang dipersembahkan. Hilanglah rasa resah gundah-gulana yang bersarang untuk beberapa masa di minda rakyat.

4. Banyak pembaharuan yang telah dilakukan oleh perdana menteri ketika membentuk kabinet dalam usaha membawa pembaharuan khususnya untuk rakyat Malaysia di alaf mencabar ini.

5. Antaranya ialah dengan tidak melantik Timbalan Perdana Menteri buat masa ini. Begitu juga menjadi sejarah negara apabila melantik Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Muhammad Al-Bakri sebagai Menteri Agama.

6. Lebih membanggakan bilamana semua senarai kabinet itu telah melepasi saringan SPRM dan PDRM yang bererti mereka tidak terlibat dengan kes rasuah dan jenayah sosial.

7. Dengan tema ‘CITRA BAHARU KABINET, MEMENUHI ASPIRASI RAKYAT’ adalah diharapkan dapat melaksanakan tugas dengan baik dan ke arah negara yang lebih sejahtera.

8. Dengan ijtihad, Tan Sri Muhyiddin telah mengumumkan dasar pelantikan itu adalah berdasarkan ayat berikut:

  إن خير من استأجرت القوي الأمين – سوره القصرص ayat 26.

9. PAS Kedah mengucapakan terima kasih dan tahniah atas pelantikan Ahli Parlimen Pendang, YB Haji Awang Solahudin Hashim sebagai Timbalan Menteri Sumber Manusia.

10. Kami juga berdoa agar saf menteri kabinet dapat melaksanakan tugas dengan kadar kesungguhan paling tinggi. Moga Allah SWT memudahkan semua urusan berkaitan. Aamiin.

‘ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN’

Salam Hormat,
Ustaz Haji Ahmad Yahaya,
Pesuruhjaya PAS Negeri Kedah,
Alor Setar.