Home Dewan Ulamak PAS Pusat

Tahniah Jemaah Kabinet : Bina Negara Di Tapak Bakaran PH

2335
SHARE

KENYATAAN MEDIA
Dewan Ulamak PAS Pusat

TAHNIAH JEMAAH KABINET : BINA NEGARA DI TAPAK BAKARAN PH

1. Dewan Ulamak PAS Pusat (DUPP) mengucapkan tahniah kepada semua jemaah menteri yang telah dilantik bagi menerajui kerajaan baharu Malaysia sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin sebentar tadi.

2. DUPP yakin dengan jemaah menteri yang diumumkan tersebut selepas senarai cadangan nama yang telah melalui proses semakan dari SPRM bagi memastikan kriteria integriti dicapai serta jaminan dari YAB Perdana Menteri sendiri bagi pengesahan sijil pendidikan yang sah dimiliki bagi kriteria kewibawaan agar tidak berulang kembali episod penipuan dan pemalsuan sijil palsu sebagaimana yang terjadi di zaman kerajaan PH sebelum ini.

3. Kerjasama dan gandingan yang dibentuk antara parti dalam Perikatan Nasional (PN) ini pastinya memberikan harapan yang baru kepada rakyat Malaysia untuk memastikan pembinaan negara ke arah kesejahteraan agama, kemajuan ekonomi, pembangunan teknologi dan keharmonian sosial berjalan dengan lancar.

4. Kerajaan baharu Malaysia pada hari ini merupakan penyelamat yang mendapat perkenan dari Seri Paduka Baginda YDP Agong kepada kemelut negara yang melanda baru-baru ini disebabkan kerakusan sikap politikus dari komponen parti PH yang sibuk mengejar jawatan di kala banyak janji-janji manifesto yang gagal ditunaikan dan diabaikan. Malahan imej kerajaan baharu Malaysia pada hari ini memberikan nafas lega apabila tiada lagi parti DAP dalam kerajaan Malaysia yang sebelum ini banyak membawa agenda persendirian mereka yang cauvinis dan anti nasional sehingga berlaku polemik yang tidak menyenangkan rakyat Malaysia khususnya majoriti kaum Melayu Muslim.

5. DUPP mendoakan agar YAB Perdana Menteri beserta jemaah menteri yang baru dibentuk diberikan kekuatan untuk urus tadbir negara dengan baik setelah mana peninggalan kerajaan PH yang jelas kerosakan yang besar walau PH hanya memerintah sebelum ini selama 22 bulan.

Firman Allah SWT :

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰۤ ءَامَنُوا۟ وَٱتَّقَوۡا۟ لَفَتَحۡنَا عَلَیۡهِم بَرَكَـٰتࣲ مِّنَ ٱلسَّمَاۤءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا۟ فَأَخَذۡنَـٰهُم بِمَا كَانُوا۟ یَكۡسِبُونَ

Maksudnya :
“Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan.” – [Surah Al-A’raf 96]

Sekian.

YB DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH
Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat
Ahli Parlimen Malaysia (Pasir Puteh)