Home Artikel PAS Johor

Tahniah Menteri Besar Johor Ke-18

871
SHARE

KENYATAAN MEDIA
DEWAN MUSLIMAT PAS NEGERI JOHOR

SEKALUNG TAHNIAH BUAT MENTERI BESAR JOHOR YANG BAHARU

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Dewan Muslimat PAS Negeri Johor (DMPNJ) merakamkan ucapan setinggi tahniah kepada Datuk IR Hj. Hasni Mohammad di atas lantikan sebagai Menteri Besar Johor yang baharu.

DMPNJ menjunjung kasih Sultan Johor yang bertindak pantas menangani kemelut politik Negeri Johor dengan perkenan baginda untuk menubuhkan kerajaan baharu.

Seluruh kepimpinan dan ahli Muslimat PAS Negeri Johor berharap mandat dan kepercayaan yang diberikan kepada YAB Datuk dapat ditunaikan sebaik mungkin. Kami akan terus menyokong kepimpinan Datuk di atas gagasan Muafakat Nasional demi kepentingan seluruh rakyat negeri Johor.

Selamat Berkhidmat.

ISLAM MEMIMPIN WANITA SEJAHTERA

PUAN FATIMAH ISMAIL
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Negeri Johor
28 Februari 2020