Home Berita PAS Wilayah

Tahniah KL City juara Piala Malaysia

102
SHARE

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada KL City atas kejayaan meraih kejuaraan dalam Piala Malaysia edisi 100 tahun.

Ini ialah saat yang amat berharga bagi kita warga Wilayah kerana akhirnya kita dapat menggenggam Piala Malaysia selepas 32 tahun penantian.

BPPWP turut menzahirkan penghargaan kepada pengurus pasukan KL City, YB Khalid Samad atas kejayaan ini yang wajar diraikan bersama merentas fahaman politik.

Semoga kejayaan ini menjadi perintis kecemerlangan KL City di masa akan datang.

Siiru ‘ala barakatillah.

‘Islam Menyatukan Ummah’

‘Wilayah Sejahtera’

USTAZ HAJI AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP)
1 Disember 2021 l 26 Rabiulakhir 1443H