Home Rencana PAS Pahang

PAS bukan hanya sekadar parti politik

89
SHARE

OLEH: ZULHILMI ABU BAKAR

LIPIS, 1 Dis. :: PAS bukan hanya sekadar parti politik, itulah wajah sebenar Parti Islam Se-Malaysia (PAS) yang ingin dipopularkan oleh Dewan Pemuda PAS Kawasan Lipis (DPPKL) melalui pelbagai aktiviti yang lakukan.

Terbaru, DPPKL meneruskan aktiviti rutin perjumpaan mingguannya dengan mengadakan usrah futsal yang disertai oleh anak-anak muda sekitar daerah berkenaan di Padang Futsal, Majlis Daerah Lipis.

Dewan Pemuda PAS melalui sebuah jabatan yang khusus dikenali sebagai Department Of Art, Culture And Sport (DACS) sememangnya memfokuskan pelbagai aktiviti yang mensasarkan kepada kepelbagaian minat dan kecenderungan anak muda masa kini.

Ini dapat dibuktikan dengan wujudnya kelab-kelab dibawahnya, diantaranya Alternative Cycling Club (ACC), Alternative Photography Club (APC), Alternative Horse Riding and Archery Club (AHRAC), Alternative Martial Arts Club (ALMAC), Alternative Trekking Club (ATC), DACS Football Club, DACS Academy Football Club, DACS Fit, DACS Buskers, Alternative Band Club (ABC), Alternative 4 Wheels Club (A4C), Alternative Fishing Club (AFC), DACS Motorsports Club (DMC), disamping pelbagai lagi pendekatan yang cuba dibawa oleh Dewan Pemuda PAS demi memandu anak muda melalui sukan dan beraktiviti sihat dipandu syarak.

Selain unit atau jabatan yang terkenal dibawah Dewan Pemuda PAS iaitu Jabatan Amal Malaysia dan Jabatan PASTI yang menumpukan sepenuhnya usaha kebajikan masyarakat dan pendidikan anak-anak, Dewan Pemuda PAS juga tegas dan serius soal pentarbiyahan ahli-ahlinya, agar kefahaman Islam seiring dengan semangat yang mana secara khususnya kepada DPPKL mengadakan usrah dan perjumpaan tetap secara mingguan.

DPPKL membuka seluas-luasnya ruang kepada anak-anak muda khususnya anak muda daerah Lipis untuk bersama, kerana dengan kebersamaan pelbagai tanggujawab kepada masyarakat dapat kita selesaikan dari pelbagai sudut.

=========================