Home Kenyataan Media PAS Kedah

Tahniah Kerajaan Negeri Kedah hapuskan judi

94
SHARE

ALOR SETAR, 16 Nov – Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah mengucapkan tahniah kepada Kerajaan Negeri Kedah di bawah pimpinan Menteri Besar, Dato’Seri Muhammad Sanusi Md Nor atas keputusan tidak mengeluarkan lesen premis judi di seluruh negeri.

Tindakan berkenaan amatlah bertepatan dan bijak memandangkan aktiviti tidak bermoral itu bukan sahaja ditegah agama Islam malah membawa kerosakan kepada masyarakat.

Masyarakat boleh menjadi pincang serta institusi kekeluarga rosak sekiranya perkara ini tidak segera ditangani.

Oleh itu langkah demikian yang dibuat melalui Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) masing-masing secara tidak langsung dapat merealisasikan ‘Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua’ dan menjadikan negeri itu bebas dari judi.

Selain itu Dewan Muslimat PAS Kedah juga menyambut baik keputusan kerajaan untuk menghadkan penjualan arak hanya kepada kaum bukan Islam serta penjualan secara tertutup di premis bebas cukai di Langkawi.

Semoga tindakan yang baik ini memperolehi rahmat Allah SWT dan dianugerahkan barakah kepada negeri dan penduduk Jelapang Padi ini.