Home Berita PAS Pulau Pinang

ADUN Penaga bantu penduduk cari kerja

96
SHARE

Oleh NAZRI ABD HAMID

KEPALA BATAS, 16 NOVEMBER – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penaga, ADUN Penaga, Mohd Yusni Mat Piah mengambil inisiatif mengadakan ‘Program Mencari Kerja DUN Penaga’, Sabtu lalu.

Program itu adalah kerjasama Pusat Khidmat DUN Penaga dengan sebuah kilang pembuatan peralatan perubatan terkenal di Bayan Lepas iaitu B-Braun yang telah bertapak di Bayan Lepas sejak 1972.

ADUN Penaga, Mohd Yusni Mat Piah berkata, program itu bukanlah kali pertama diadakan.

Menurut beliau, pihaknya sentiasa mencari jalan dan boleh bekerjasama dengan pelbagai pihak dalam memberi khidmat terbaik kepada masyarakat setempat.

Beliau berkata, dalam suasana pendemik Covid 19 meneybabkan ramai kehilangan pekerjaan apabila banyak syarikat yang terpaksa mengurangkan kapasiti operasi mereka.

“Dalam usaha untuk membantu rakyat dan penduduk di kawasan Penaga khususnya, mereka telah berusaha dan bekerjasama dengan pihak kilang menganjurkan program ini.

“Program ini berjalan lancar dan mendapat sambutan penduduk sekitar dan seramai 45 orang pemohon telah berjaya menjalani temuduga terbuka tersebut yang diadakan di pekarangan Pusat Khidmat ADUN.

“Program seperti ini akan diteruskan lagi pada masa akan datang untuk membantu para penduduk terutama belia mendapatkan pekerjaan,” ujar beliau.