Home Kenyataan Media PAS Sarawak

Tahniah Kepada Hakim Besar Sabah & Sarawak Yang Baharu

568
SHARE

 

PAS Sarawak ingin merakamkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Abang Iskandar Bin Abang Hashim yang telah menerima Surat Cara Pelantikan dari Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sebagai Hakim Besar Sabah dan Sarawak, menggantikan Tan Sri David Wong Dak Wah.

Yang Arif Dato’ Abang Iskandar bin Abang Hashim dilahirkan di Sibu, Sarawak pada 03 Julai 1959. Yang Arif Dato’ mendapat kelulusan dalam bidang pengajian undang-undang dengan memperolehi LLB (Hons) dari Universiti Malaya pada tahun 1983. Beliau telah berkhidmat sejak tahun tersebut sebagai sebagai Majistret di beberapa bahagian di Sarawak.

PAS Sarawak mendoakan agar beliau dapat menjalankan amanah dengan penuh adil demi kesejahteraan rakyat. Selamat berkhidmat Yang Arif!

Tuan Hj Jofri Jaraiee
Pesuruhjaya PAS Sarawak