Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah JPW dan JAWI

44
SHARE

1. Baru-baru ini, Jabatan Pembangunan Wanita di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melancarkan projek rintis Program Masjid Santuni Masyarakat. Projek ini bertujuan menjadikan masjid sebagai pusat transit mangsa keganasan rumah tangga.

2. Pelaksanaan ini sewajarnya diberikan sokongan dan dorongan kepada pihak kerajaan dalam usaha untuk membela nasib mangsa yang teraniaya. Program ini pasti akan menjadi harapan baru buat golongan wanita untuk mendapatkan perlindungan daripada keganasan rumah tangga yang berlaku.

3. Dalam projek ini, bilik asrama yang sedia ada, keperluan asas diri dan makan minum disediakan oleh pihak masjid kepada mangsa yang mendapatkan perlindungan di masjid tersebut. Dua buah masjid telah dipilh sebagai printis program iaitu Masjid Wilayah Persekutuan dan Masjid Al Ghufran, Pinggiran Taman Tun Dr. Ismail

4. Selain menjadi tempat perlindungan, projek ini juga merupakan antara inisiatif di bawah Pelan Pengimarahan Masjid-Masjid Wilayah Persekutuan 2020-2024 melalui teras Sosial, Komuniti dan Alam Sekitar dengan penjenamaan Masjid Prihatin.

5. Syabas dan tahniah kepada pihak kerajaan kerana mampu untuk menyediakan inisiatif ini dengan cara yang sangat baik khusus untuk golongan wanita yang sering menjadi mangsa penganiyaan dalam rumah tangga. Semoga usaha ini dapat membela nasib mangsa keganasan rumah tangga

#IslamMemimpin
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#IslamMemimpinWanitaSejahtera

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Penerangan
Dewan Muslimat PAS Malaysia
2 Mei 2021 | 23 Ramadan 2021