Home Berita PAS Pusat

Tahniah Jabatan Amal Kelantan dan Pahang

924
SHARE

Lajnah Asas Tani dan Alam Sekitar PAS Pusat (LATAS) merakamkan tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Anggota Jabatan Amal Kelantan dan Pahang yang mengambil inisiatif mengutip sampah di lebuhraya Lipis- Merapoh-Gua Musang hari ini.

Sampah yang dibuang pengguna jalan raya yang melalui jalan tersebut menjelang sambutan Aidilfitri baru-baru ini telah mencemarkan persekitaran dan menyakitkan mata yang memandang.

Sikap ini amat dikesali dan tidak boleh dibiarkan berulang lagi. LATAS ingin menasihati pengguna jalan raya supaya menyediakan beg sampah di dalam kenderaan masing-masing dan dibuang ke dalam tong sampah bila tiba ke destinasi masing-masing.

Tindakan membuang sampah di jalan raya ini seolah-olah cuba menghambakan orang lain yang terpaksa memungut sisa yang dibuang dari kenderaan sesuka hati. Ini bukan dari ajaran Islam dan nilai mulia masyarakat bertamaddun. Tabiat ini harus dihentikan.

Sikap ini boleh diubah dengan kesedaran diri, keluarga dan masyarakat untuk beramal dengan tuntutan Islam yang mementingkan kebersihan dan tidak menyusahkan orang lain.

Tindakan anggota Jabatan Amal Kelantan dan Pahang ini wajar adalah sikap terpuji dan salah satu proses mendidik masyarakat supaya ringan tulang, sentiasa membantu orang ramai dan mementingkan kebersihan.

Muhammad Sanusi Md Nor
Pengerusi LATAS

{jathumbnail off}