Home Artikel PAS Perak

Penutupan Sekolah Di Tapah | Kenyataan Media Pejabat Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO Dan Masyarakat Sivil Negeri Perak

293
SHARE

KENYATAAN MEDIA
PEJABAT PENGERUSI JAWATANKUASA PENDIDIKAN, PEMBANGUNAN MODAL INSAN, NGO DAN MASYARAKAT SIVIL NEGERI PERAK

π—£π—˜π—‘π—¨π—§π—¨π—£π—”π—‘ π—¦π—˜π—žπ—’π—Ÿπ—”π—› π——π—œ 𝗧𝗔𝗣𝗔𝗛

1. Jabatan Pendidikan Negeri Perak mengesahkan penutupan Sekolah Kebangsaan (SK) Haji Hasan, Tapah Road bermula hari ini selama 7 hari, bermula 28 Oktober 2020 sehingga 3 November 2020 (Selasa), sekolah hanya akan dibuka semula pada hari rabu, 4 November 2020.

2. Kenyataan itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO Dan Masyarakat Sivil Negeri Perak, Razman Zakaria dimana semua sekolah yang tersenarai akan ditutup selama seminggu bermula semalam.

3. Berikutan risiko penularan wabak Covid-19 yang tinggi, tindakan berikut diambil sebagai langkah pencegahan awal selari dengan kehendak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

4. Semua ibu bapa dan guru diminta terus mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) dengan memastikan penjagaan jarak sosial ketika berada di tempat awam, pemakaian pelitup muka, penjagaan kebersihan diri dan sebagainya.

5. Sebagai langkah susulan, semua sekolah yang terlibat dan mempunyai risiko kebolehjangkitan virus Covid-19 ini akan disanitasi dalam masa terdekat.

6. Diharapkan semua ibu bapa dapat memantau kesihatan anak masing-masing dan segera mendapatkan rawatan sekiranya didapati bergejala seperti demam, batuk dan selesema khususnya bagi murid yang bersekolah di sekolah-sekolah terbabit.

YB HAJI RAZMAN BIN ZAKARIA
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Negeri Perak
28 Oktober 2020 | 11 Rabiul Awal 1442H