Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Dr Khairiyyah Penyampai Sains Terbaik Dunia

1051
SHARE

UCAPAN TAHNIAH: DR. KHAIRIYYAH SEBAGAI PENYAMPAI SAINS TERBAIK DUNIA

Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) mengucapkan sekalung tahniah kepada Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) Dr Siti Khayriyyah Mohd Hanafiah yang dinobatkan sebagai “Penyampai Sains Terbaik Dunia” pada pertandingan Antarabangsa FameLab ke-11 di Cheltenham Science Festival di United Kingdom.

Beliau telah mengalahkan 27 orang penyampai sains dari seluruh dunia. Pertandingan ini membawa saintis dan pemikir terkemuka dunia bersemuka dengan orang ramai untuk perdebatan, eksperimen dan penemuan yang terbaru.

DMPM turut berbangga dengan pencapaian Dr. Khairiyyah dalam bidang yang diceburinya dan mengharapkan kejayaan beliau ini menjadi inspirasi para muslimah di luar sana untuk mencapai kecemerlangan dalam bidang masing-masing. Beliau telah membuktikan wanita adalah penyumbang besar untuk masyarakat dan negara dari pelbagai sudut untuk dimanfaatkan orang ramai. Semoga beliau terus maju ke hadapan.

“Muslimat Memacu Kemenangan”

NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua,

Dewan Muslimat PAS Malaysia
25 Julai 2018
11 Dzulkaedah 1439H