Home Artikel PAS Perak

Tahniah Dan Selamat Menjalankan Tugas – DMPN PERAK

737
SHARE

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak merakamkan ucapan tahniah kepada Pesuruhjaya PAS Perak merangkap ADUN Gunung Semanggol, YB Hj Razman Zakaria atas pelantikan sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO dan Masyarakat Sivil Perak Darul Ridzuan.

Tidak dilupakan juga, Tahniah diucapkan kepada Setiausaha Badan Perhubungan PAS Perak merangkap ADUN Selama, YB Ustaz Mohd Akmal Kamarudin yang telah dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan serta memangku Portfolio Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau negeri Perak.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak turut berharap agar semua tanggungjawab dan amanah yang diterima oleh Ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak dapat digalas sebaiknya demi menjaga kesejahteraan rakyat dan kedudukan Islam khususnya.

Selamat menjalankan tugas dengan cemerlang. Kuatkan tawakkal dan pohonlah bantuan daripada Allah. Semoga Allah merahmati kerajaan Negeri Perak. Sirru ‘Ala Barakatillah !

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Dr Hjh Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
7 April 2020 / 13 Syaaban 1441H