Home Artikel PAS Perak

Tahniah Atas Lantikan Sebagai Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak

577
SHARE

KENYATAAN MEDIA DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK

13 SYAABAN 1441 | 7 APRIL 2020

TAHNIAH PIMPINAN PAS ATAS PERLANTIKAN SEBAGAI AHLI MESYUARAT KERAJAAN NEGERI PERAK

Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Perak) menjunjung kasih dan merafak sembah DYMM Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah Ibni Al-Marhum Sultan Azlan Muhibbudin Shah Al-Maghfur-Lah atas perkenan pembentukan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri atau Executive Council (EXCO) Perak baru-baru ini.

DPPN Perak juga mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih kepada Menteri Besar Perak, YAB Dato’ Seri Ahmad Faizal Bin Dato Azumu atas kepercayaan dan tanggungjawab yang diberikan kepada dua orang wakil PAS bagi mentadbir Negeri Perak. DPPN Perak sangat menyakini dua tonggak kepimpinan dari PAS Perak ini akan memberi khidmat paling terbaik.

Sekalung Tahniah kami ucapkan kepada Pesuruhjaya PAS Negeri Perak, YB Tuan Hj. Haji Razman Bin Zakaria sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, NGO & Masyarakat Sivil beserta kekanda kami, YB Ustaz Akmal Bin Kamaruddin sebagai Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam & Penerangan juga memangku portfolio Sains, Alam Sekitar & Teknologi Hijau.

DPPN Perak mengharapkan agar ahli mesyuarat kerajaan negeri perak yang baharu ini akan lebih kompeten, menjaga maruah diri, mengutamakan kesejahteraan rakyat dan menjadikan islam sebagai dasar dalam perangkaan mana-mana polisi kerajaan negeri. DPPN Perak akan berdiri teguh bersama EXCO kerajaan negeri selaras perkenan Sultan Perak selagi tidak melanggar syarak.

“ISLAM MEMIMPIN PERPADUAN”
“DEMI ISLAM”
“WA’TASIMU”

Sekian

AHMAD FAISAL BIN MOHD PUAIT
KETUA
DEWAN PEMUDA PAS NEGERI PERAK

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3069023219794851&id=698625456834651&sfnsn=mo