Home Artikel PAS Perak

Selamat Hari Kesihatan Sedunia – DMPN Perak

515
SHARE

SELAMAT HARI KESIHATAN SEDUNIA

DewanMuslimat PAS Negeri Perak mengucapkan Selamat Hari Kesihatan Sedunia kepada rakyat Perak khususnya dan Malaysia amnya. Kesihatan adalah faktor penting dalam menentukan kebahagian dan kesejahteraan hidup kita. Menjaga kesihatan adalah perkara yang perlu dititikberatkan oleh setiap individu.

Apabila kesihatan mula terjejas maka kita perlu membayar dengan harga yang sangat mahal untuk kembali sihat. Hargailah kesihatan yang Allah kurniakan kepada kita sama ada secara fizikal mahupun mental.

Dewan Muslimat PAS Negeri Perak mengesyorkan kepada semua agar menjaga pemakanan, berhati-hati dalam pengambilan ubat-ubatan dan sentiasa berdoa supaya kita semua dikurniakan kesihatan yang baik serta terhindar dari sebarang wabak penyakit. Ingatlah mencegah lebih baik daripada merawat.

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera”

Dr Hjh Najihatussalehah Binti Ahmad
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
7 April 2020 / 13 Syaaban 1441H

#StayAtHome
#StayHomeStaySafe
#DoaUntukMalaysia