Home Berita PAS Perak

Tahniah dan selamat menjalankan tugas | DMPN Perak

80
SHARE

TAHNIAH DAN SELAMAT MENJALANKAN TUGAS

Dewan Muslimat PAS Perak mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan Kabinet dan kementerian di bawah pimpinan Perdana Menteri, YAB Dato Seri Ismail Sabri Yaakob.

Alhamdulillah, 3 Menteri dan 5 Timbalan Menteri daripada PAS telah diberi kepercayaan bagi menggalas amanah dan tanggungjawab melalui portfolio yang diberikan.

Dewan Muslimat PAS Perak berharap agar barisan Kabinet di bawah kerajaan Perikatan Nasional ini dapat menggalas seluruh tanggungjawab dengan penuh komited.

Selamat menjalankan tugas dan selamat maju jaya. Semoga Allah pandu setiap urusan di hari yang akan mendatang. Siiru ‘Ala Barakatillah.

Dr Najihatussalehah binti Ahmad
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Negeri Perak
27 Ogos 2021 | 18 Muharram 1443h