Home Berita PAS Pulau Pinang

Khidmat Malaysia Bukit Mertajam santuni ‘frontliners’

23
SHARE

Oleh FARHANI FUAD

BUKIT MERTAJAM, 27 OGOS – Khidmat Malaysia Bukit Mertajam menyampaikan 100 kotak sumbangan air mineral kepada petugas barisan hadapan di Hospital Pulau Pinang, semalam.

Sumbangan diserahkan wakil Khidmat Malaysia Bukit Mertajam, Mohd Anuar Abdul Rahman kepada wakil dari Jabatan Dietetik dan Sajian Hospital Pulau Pinang, Faizah Ahmad.

Menurut Mohd Anuar, pihaknya tampil memberi sumbangan sejurus menerima laporan bahawa Hospital Pulau Pinang memerlukan bantuan air mineral.

Permintaan itu meningkat berikutan penggunaannya sehari mencecah kira-kira 60 kotak.

“Pihak Khidmat Malaysia (KM) sentiasa peka dan prihatin dengan keperluan para frontliners dalam tugasan mereka memerangi wabak Covid-19 ini.

“Sebab itu kita cuba bantu semampu yang boleh agar mereka bekerja dalam keadaan keperluan yang cukup, kurang tekanan dan rasa mendapat sokongan daripada masyarakat,” ujar beliau.

Katanya lagi, dalam situasi mendesak sekarang, beliau berharap sumbangan ini tidak akan berhenti setakat ini sahaja.

Khidmat Malaysia akan terus mengumpulkan dana bagi menampung sumbangan akan datang, katanya sambil merayu masyarakat berganding bahu menjayakannya bersama Khidmat Malaysia.