Home Berita PAS Perak

Tahniah dan selamat menjalankan tugas

733
SHARE
PAS Perak ingin mengambil peluang dan ruang untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan sekalung penghargaan atas pelantikan menteri dan timbalan menteri daripada PAS.
PAS Perak juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada YAB Perdana Menteri, Dato Seri Ismail Sabri Yaakob atas kepercayaan melantik wakil rakyat daripada PAS untuk memikul tanggung jawab besar selaku barisan ahli kabinet.
Berbekalkan pengalaman dan kepimpinan yang dimiliki, PAS Perak meyakini bahawa seluruh anggota kabinet daripada PAS dapat menjalankan tugas dengan sehabis baik.
PAS Perak berharap agar kesemua ahli kabinet dapat menjalankan tugas dengan baik selaku menteri dan timbalan menteri dengan penuh integriti dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan.
Akhir sekali, PAS Perak mendoakan supaya negara Malaysia mempunyai kestabilan dari segi ekonomi, politik dan sosial untuk menuju ke arah sebuah negara yang maju dan berdaya saing.
YB Hj Razman Zakaria
(Pesuruhjaya PAS Negeri Perak)