Home Kenyataan Media Dewan Muslimat PAS Malaysia

Tahniah Dan Penghargaan

353
SHARE

Tahniah Dan Penghargaan
Bismillahirrahmanirrahim.

Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada dua orang pimpinan Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan:

1.YB Hajjah Siti Zailah Mohd Yusuf
Ahli Parlimen Rantau Panjang, Pengerusi Lajnah Pengguna dan Pekerja PAS Pusat,
Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan

2.YB Hajjah Mumtaz Bt Md Nawi
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan_
Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kelantan_

Atas Penganugerahan Bintang
DARJAH KEBESARAN JIWA MAHKOTA KELANTAN YANG AMAT MULIA (D.J.M.K)

Yang membawa gelaran Dato’ Paduka sempena Hari Keputeraan Sultan Kelantan, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang ke 50 pada hari ini 11.11.2019 di Istana Kelantan.

Sesungguhnya penganugerahan ini adalah bukti lambang kesungguhan dan pengiktirafan Kebawah Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Muhammad V kepada pemimpin muslimat dan perjuangan Islam.

Sejak ditubuhkan, muslimat disemua peringkat sentiasa aktif dalam memberikan sumbangan samada dalam bentuk fizikal, idea dan masa untuk memajukan masyarakat dan negara. Dewan Muslimat PAS Malaysia turut berbangga di atas penganugerahan ini.

Semoga sentiasa dalam rahmat Allah swt , selamat maju jaya.

Firman Allah swt yang bermaksud:

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(At-Taubah 71)

Islam Memimpin, Wanita Sejahtera

YB Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh
Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia
11 November 2019
14 Rabiul Awal 1441H