Home Artikel PAS Sabah

Hari Anugerah Kecemerlangan PASTI Kalabakan berlangsung dengan jayanya.

722
SHARE

Oleh : Asikin Ahmad

11 November 2019

KALABAKAN : Hari Anugerah Kecemerlangan pelajar PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan kali ke 7 telah berlangsung dengan jayanya yang dilaksanakan di salah sebuah hotel di Tawau Sabah pada 10 November 2019.

Seramai 80 orang pelajar diraikan dalam hari anugerah tersebut. Pelbagai anugerah disampaikan, antaranya ialah anugerah pelajar terbaik setiap PASTI.

Anugerah Saidina Ali kategori akademik tempat pertama telah di sandang oleh Nur Qeysha Damia BT Sahril dari PASTI Pra Tahfiz Al Hakim dan kategori Pra Tahfiz disandang oleh Ariq Farhan Hakimi B Zulkaisar dari PASTI Pra Tahfiz As Shobirin.

Turut diraikan Jemaah Ibu Bapa dan Guru setiap PASTI, anugerah JIBG Contoh dan anugerah guru mithali. Selain itu anugerah lain yang diberikan adalah penabung terbanyak serta anugerah kehadiran penuh ianya bagi memupuk semangat kerajinan pelajar PASTI.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Yang Di Pertua PAS Kawasan Kalabakan, Ahmad Bin Dullah. Dalam Ucapannya beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada para Jemaah Ibu Bapa dan Guru PASTI Pra Tahfiz Kawasan Kalabakan yang banyak membantu dalam mengembangkan PASTI dikawasan kalabakan ini.

Tidak lupa juga kepada masyarakat yang sentiasa memilih PASTI sebagai medium asuhan anak anak diperingkat awal dan semoga dengan adanya PASTI Kalabakan ini, nur Islam kian berkembang dan anak-anak semakin tercorak peribadinya diperingkat awal.