Home Berita PAS Selangor

Tahniah buat calon-calon Sijil Tinggi Agama Malaysia – Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

9
SHARE

May be an image of 3 people, people sitting and text that says "Tahniah & Syabas KEPADA SEMUA CALON STAM SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA) Diucapkan kepada anak-anak yang telah menduduki dan memperolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 Setinggi-tinggi penghargaan juga ditujukan kepada semua guru budiman yang telah mendidik dan mengajar anak-anak bangsa. #MEMIMPIN NECARA Y4G MEDIA /Youth4Green fcw Dewan Pemuda PAS Selangor https://pemudaselangor.pas.org.my"

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Setelah berhempas-pulas belajar untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia, walaupun dalam pembelajaran yang berbeza mengikut norma baharu hasil wabak Covid-19. Namun, ramai juga yang berjaya memperoleh keputusan yang cemerlang.

Hari ini keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah dikeluarkan .Tahniah dan syabas diucapkan oleh Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor kepada adik-adik yang telah menduduki dan memperolehi keputusan yang cemerlang di dalam peperiksaan STAM tahun 2020.

Pesan Pemuda PAS Selangor, walau apa jua keputusannya, berbangga dan bergembiralah kerana anda telah melakukan yang terbaik. Semoga calon-calon semua dapat menabur bakti kepada agama dan negara.

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor juga mengkalungkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua guru budiman yang telah mendidik dan mengajar anak-anak bangsa.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor