Home Berita PAS Selangor

Tahniah dan syabas kepada semua calon STAM – Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

17
SHARE

May be an image of 2 people and text that says "@ Takniah & Syabas KEPADA SEMUA CALON STAM (SIJIL TINGGI AGAMA MALAYSIA) Diucapkan kepada anak-anak yang telah menduduki dan mem perolehi keputusan cemerlang di dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tahun 2020 Setinggi-tinggi Penghargaan juga ditujukan kepada semua guru budiman yang telah mendidik dan mengajar anak-anak bangsa. Ikhlas daripada: BADAN PERHUBUNGAN PAS SELANGOR LAJNAH PENERANGAN &MEDIA BARU Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor"

“Saff Bahtera BPPNS” | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

Oleh : Abu Aslah Al-Qudsi

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor merakamkan ucapan Tahniah dan Syabas buat semua calon Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) sesi 2020 di atas keputusan yang telah diumumkan pada hari ini. Keputusan yang diperolehi samada cemerlang atau kurang bernasib baik menjadi satu titik mula bagi menempa kecemerlangan pada masa akan datang.

Begitu juga sekalung penghargaan buat para guru yang gigih mendidik, para asatizah yang mencetak generasi celik agama ini supaya menjadi harapan kepada kelangsungan pengukuhan Islam dalam diri, keluarga dan negara pada masa ke semasa. Dalam keadaan dunia hari ni sangat mencabar dan keperluan menjaga dan mempertahankan kedudukan Islam senantiasa ditagih daripada generasi ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor