Home Artikel PAS Wilayah

Tahniah Barisan Nasional

197
SHARE

KENYATAAN MEDIA BPPWP

PAS Wilayah Persekutuan mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Barisan Nasional di atas kemenangan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai hari ini.

Kemenangan calon Barisan Nasional daripada parti komponen MCA, iaitu Dr. Wee Jeck Seng dengan majoriti besar sebanyak 15,086 mengatasi Pakatan Harapan, Berjasa, Gerakan dan Bebas.

Ternyata keputusan meletakkan calon MCA, Dr. Wee Jeck Seng di kerusi P165 merupakan pilihan yang bijak dan tepat di hati pengundi.

Semoga YB. Dr. Wee Jeck Seng dapat menjalankan amanah sebagai wakil rakyat dengan baik, sekaligus tidak menghampakan kepercayaan dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat kepada beliau.

PAS Wilayah Persekutuan turut mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada para petugas PAS yang terlibat sama menyumbang tenaga dan wang ringgit ¬†dalam gerak kerja pilihan raya Parlimen Tanjung Piai ini. Semoga kemenangan ini menjadi satu mercu tanda langkah kehadapan gerakan Muafakat Nasional untuk PRU ke 15 nanti Insha’Allah.

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan

Sabtu 16 November 2019
11.00 malam

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2429931063887864&id=1589112137969765