Home Artikel PAS Perlis

SRITI Perlis Anjur Edisi Sulung SAR Cup

156
SHARE

Oleh: Najah Izzati

ARAU : SRI Al Furqan (SRITI Perlis) telah menjadi tuan rumah Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah Bawah 12 Tahun Piala Sekolah Agama Rendah (SAR Cup) yang berlangsung semalam.

Kejohanan yang pertama kali diadakan itu disertai oleh enam buah pasukan dari lima buah sekolah agama rendah di negeri ini.

Johan edisi sulung menjadi milik Sekolah Rendah Agama Attarbiyah Al-Islamiyah (SRAATI), Beseri yang menewaskan pasukan tuan rumah SRIAF (A) dengan jaringan 3-2 pada perlawanan akhir yang berlangsung di padang Kompleks Pendidikan MADI.

Tempat ketiga pula dikongsi bersama pasukan dari SRI At Taqwa, Beseri dan Sekolah Rendah Islam III, Felda Chuping manakala pasukan SRIAF (B) dan Sekolah Agama Al-Islahiyah Rendah (SAIR) pulang dengan saguhati.

Pengarah kejohanan, Saiful Akmar Shahruddin berkata, penganjuran SAR Cup bermatlamatkan merapatkan ukhuwah antara warga sekolah agama rendah di negeri ini menerusi aktiviti sukan selain mengukuhkan lagi jaringan kerjasama sedia ada.

“Kita juga mengucapkan terima kasih kepada semua pihak khususnya para pasukan yang bertanding kerana telah bersama-sama dengan kami dalam menjayakan penganjuran edisi sulung SAR Cup pada hari ini,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Keputusan penuh kejohanan SAR CUP 2019:

JOHAN: SRAATI (Beseri)
NAIB JOHAN: SRIAF (A) (Jejawi)
KETIGA BERSAMA: SRIAT (beseri) dan SRI III (Felda Chuping)
SAGUHATI SRIAF (B) (Jejawi) dan SAIR (Behor Mali)