Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor
Oleh : Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat
Pemain badminton termuda negara, Siti Nurshuhaini Azman yang pertama kali diturunkan mewakili negara dalam perlawanan Kumpulan D Piala Uber trending di Twitter Malaysia.
Pemain remaja yang baharu diserapkan kepada skuad badminton senior negara itu mempamerkan aksi cemerlang walaupun menghadapi lawan yang mempunyai ranking teratas dunia.
Pemain berusia 17 tahun yang berasal dari Rawang itu, mendapat tempat kedua setelah bertemu dengan pemain ranking kelapan dari Indonesia, Putri Kusuma Wardani dalam final perseorangan di Final Terbuka Czech pada 24 Oktober 2021.
Siti menjadi trending di Twitter Malaysia apabila disebut sebanyak hampir 10,000 kali oleh pengguna Twitter di negara ini yang kagum dengan pemain muda negara itu ketika beraksi di Piala Uber di Denmark yang telah menewaskan pemain ranking ke sembilan dunia.
Tapi yang lebih menarik perhatian, Siti merupakan pemain badminton pertama yang memakai hijab. Beliau adalah wanita Melayu yang jarang sekali terlihat di gelanggang dunia dengan menampilkan diri sebagai wanita muslimah tanda taat tuntutan agama dan perintah Tuhannya.
Dewan Muslimat PAS Kawasan Kuala Langat mengucapkan tahniah di atas kejayaan beliau. Semoga terus cemerlang dan mengekalkan jatidiri muslimah yang unggul.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor