Home Berita PAS Selangor

Program ziarah Muslimat peringkat cawangan diteruskan – DMPK Gombak

3
SHARE

May be an image of standing, headscarf and text that says "OPAS"

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Selangor | Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

GOMBAK, 25 Oktober – Program ziarah dan penyampaian sumbangan peringkat Muslimat PAS Cawangan Simpang Tiga telah diteruskan semalam. Program tersebut dimulakan dengan menziarahi balu seorang petugas PAS yang sangat komited, Allahyarham Tuan Rohaizad, iaitu Puan Zurina Junus.

Program diteruskan dengan penyerahan sumbangan kepada 8 buah keluarga di Jalan Changkat dan Jalan Dewan. Menurut Muslimat PAS Simpang Tiga, salah seorang penerima sumbangan itu merupakan anak kepada ahli qariah yang telah lama mengalami stroke.

“Semua penerima sumbangan melahirkan rasa syukur dengan bantuan yang diberi”, jelas mereka.

Semoga sedikit bantuan yang telah dihulurkan ini dapat sedikit sebanyak memberi manfaat kepada keluarga para penerima dan juga semoga bantuan tersebut dapat meringankan beban yang dipikul mereka dalam meneruskan kehidupan dimusim pandemik COVID-19 yang masih belum berpenghujung ini.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor