Home Berita PAS Selangor

Ziarah keluarga mangsa lemas – PAS Kawasan Sungai Besar

8
SHARE

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Sungai Besar

Oleh : Uwais Al-Qarni

SUNGAI BESAR, 25 Oktober – Pimpinan PAS Kawasan Sungai Besar hadir ke rumah keluarga mangsa lemas di Peket 60, Sungai Nipah Baroh pada petang tadi.

Ustaz Mohd Fadzin Taslimin dan Ustaz Mohd Razali Saari hadir menziarahi keluarga mangsa lemas tersebut. Allahyarham meninggalkan seorang balu dan 3 orang anak lelaki untuk meneruskan kehidupan yang penuh berliku.

Kejadian yang berlaku pada hari Jumaat yang lalu meninggalkan kehilangan yang mendalam buat keluarga ini. Mangsa yang ditemui kira-kira jam 11.30 malamnya telah selamat dikebumikan pada hari Sabtu yang lepas.

“Semoga keluarga mangsa ini dapat menerima takdir Allah ini dengan hati yang sabar dan redha. Terus kuat dalam meneruskan perjalanan kehidupan gang masih panjang ini” ujar Ustaz Mohd Fadzin.

Turut hadir ialah ahli jawatankuasa PAS Kawasan Sungai Besar dalam aktiviti ziarah dan menyampaikan sedikit sumbangan kepada keluarga mangsa.

Lajnah Penerangan & Media Baru

Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor