Home Berita PAS Wilayah

Tahniah Atas Pelantikan Sebagai Peguam Negara

1710
SHARE

TAHNIAH ATAS PELANTIKAN SEBAGAI PEGUAM NEGARA

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan dan seluruh saff kepimpinan mengucapkan tahniah dan selamat maju jaya kepada Yang Arif Tan Sri Idrus bin Harun atas pelantikannya sebagai Peguam Negara yang baharu berkuatkuasa 6 Mac 2020 selepas mendapat perkenan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Kami mendoakan agar beliau dipermudahkan urusan dan diberi kekuatan untuk melaksanakan tugas berteraskan prinsip-prinsip Islam agar keamanan dan kemakmuran di negara Malaysia yang kita cintai ini terus terpelihara.

Siiru ‘ala barakatillah.

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya,
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
6 Mac 2020 l 11 Rejab 1441H

#MalaysiaSejahtera
#MuafakatNasional
#SinarBaharu