Home Artikel PAS Sabah

Mantan calon Parti Harapan Rakyat Sabah parlimen Kinabatangan menyertai PAS

9055
SHARE

6 Mac 2020
Oleh: Basith Samad

KINABATANGAN – Seramai 500 ahli Parti Harapan Rakyat Sabah cabang kinabatangan bertindak menyertai PAS berkuat kuasa hari ini.

Mereka menyatakan hasrat itu kepada Yang Dipertua PAS Kawasan Kinabatangan, Innah Tuton yang menerima kemasukan dengan menyerahkan borang keahlian dalam majlis ringkas penuh mahabbah bertempat di Kg Rantau Abang, Kinabatangan semalam.

Bekas Ketua Cabang PHRS Kinabatangan, Mustapa Datu Tambuyong berkata, PAS dilihat parti yang istiqamah memperjuangkan hak rakyat tanpa mengharapkan balas ataupun jawatan meskipun PAS kini merupakan sebahagian daripada parti pemerintah kerajaan Malaysia yang baharu.

“Kami berhasrat membina masyarakat muslim, memperkukuhkan dan meningkatkan syariat dan syiar Islam di Kinabatangan dengan menggunakan pendekatan parti PAS sesuai dengan kawasan di sini yang majoriti muslim” tambah beliau yang juga merupakan mantan calon Parti Harapan Rakyat Sabah parlimen Kinabatangan pada PRU14 lepas.

Dalam majlis tersebut, Innah Tuton berkata PAS tiada halangan untuk menerima kemasukkan mereka kerana ini selari dengan tindakan pimpinan PAS pusat yang telah mengambil langkah menyatukan umat Islam dibawah satu wadah.

“Dalam masa yang sama, PAS tidak melupakan mereka yang bukan Islam kerana PAS mengamalkan konsep adil kepada semua kaum terutama dalam suasana di Sabah ini yang berbilang kaum, bangsa dan agama.”

“Pihak kami berbesar hati menerima mereka sebagai ahli dan berterima kasih atas kesudian mereka menjadi sebahagian daripada kami. Secara tidak langsung PAS Kinabatangan juga akan membuka cawangan baharu di Kg Rantau Abang ini.”

Turut hadir bersama dalam majlis tersebut, Azrin Razaly Naib Yang Dipertua PAS Kinabatangan, Jalpah Sani, Timbalan Ketua Urusan Ulama PAS Kinabatangan, Jumaidin Lakalla Ketua Penyelaras Dun Kuamut, Abdul Aziz Baitul makmur Ketua Pemuda PAS Kinabatangan dan barisan AJK PAS Kinabatangan.