Home Rencana PAS Selangor

Tahniah atas pelantikan AJK DPPK Kuala Selangor sesi baru – SRITI Kawasan Kuala Selangor

97
SHARE

May be an image of ‎2 people and ‎text that says "‎اينتضرا EKAKKLEM SRIT SEKALUNG TAHNIAH DiAtas Lantikan AJK Dewan Pemuda vasan Kuala Selangor Sesi Sabda Rasulullah SAW: "Tujuh jenis manusia yang dinaungi Allah pada hari yang tiada tempat bernaung (Hari Kiamat) melainkan naungan-Nya; pertamanya ialah imam (pemimpin) yang adil... (Riwayat al-Bukhari 660 dan Muslim 1031) hlas Danipada Kawasan .K SRITI Darul Amilin‎"‎‎

“SRITI Cemerlang” | Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Selangor

Oleh : SRITI Kawasan Kuala Selangor

Warga SRITI Kawasan Kuala Selangor mengucapkan tahniah diatas pelantikan AJK Dewan Pemuda PAS Kawasan Kuala Selangor Sesi 2021-2023. Semoga saf kepimpinan yang disusun ini mampu membawa semua jentera dan organisasi yang bernaung dibawahnya ke tahap yang lebih cemerlang.

Organisasi dibawah DPPKKS di antaranya merangkumi Jabatan Amal, 24 buah cawangan Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI), Alternative Riding Club (ARC), dan termasuk 2 buah Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI). Semua unit ini sangat berperanan dalam mewajahkan Parti Islam SeMalaysia (PAS) sebagai gerakan Islam yang syumul.

Kami juga mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Azril Hairi Bin Ahmad yang telah memimpin DPPKKS pada sesi yang lalu. Jasa dan budi baik tidak dapat kami balas dan semoga diterima segala amalan sebagai kebajikan disisi Allah SWT. Selamat maju jaya dan bergeraklah dengan keberkatan daripada Allah SWT.

13 Oktober 2021 | 6 Rabiul Awal 1443H

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor